Disebabkan susah sangat nak dapatkan sos carbonara sekarang ni maka saya olah guna sup cendawan mushroom ni. Rasa lebih kurang je dan lagi sedap.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Sebiji bawang holand/kuning.
- Bawang putih.
- Isi ayam / daging. Ikut yang mana anda suka.
- Sosej.
- Jejari ketam.
- Cendawan butang.
- 1 tin sup cendawan campbell.
- Fresh milk. Tak letak pun takpe untuk lebih creamy saya letak sikit je.
Cara-cara membuatnya:
- Panaskan minyak bersama sedikit butter. Tumis bebawang.
- Bila bawang dah garing naik bau masukkan isi ayam dan goreng sampai kering sikit masukkan sosej.
- Sejurus selepas itu tuangkan sos cendawan masak smpai gelegak dan masukkan pula susu fresh.
- Last sekali masukkan jejari ketam. Kacau rata dan tutup api.
- Rehatkan inti seketika. Kalau nampak macam berkuah jangan risau sebab nnti dia akan kering dengan sendirinya.
- Tunggu sejuk sebentar. Masukkan dalam peti, Tujuannya untuk tidak bagi kulit popia pecah semasa menggoreng.
- Selepas 2 jam bolehlah mulakan operasi menggulung. Sediakan tepung campur dengan air sikit untuk jadikan gam.
Tips:
Untuk sekeping popia saya letak 1 sudu memang ngam-ngam cukup untuk untuk 1 paket kulit popia 50 keping tu. Buat banyak-banyak takpe boleh bagi jiran tetangga. Takde jiran letak dalam frozen je la.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noraziah Ismail. Terima kasih.