Cara Buat Pekasam Daging ‘Homemade’, Hanya Guna Empat Bahan Sahaja

Daripada jenuh memikirkan menu apa yang perlu dimasak bersama daging, apa kata lebihan daging yang ada itu dibuat pekasam. Jangan anda ingat pekasam hanya boleh untuk ikan sahaja, sebenarnya daging pun boleh dibuat pekasam.

Ada dua versi buat pekasam daging. Ada yang hanya menggunakan limau dan garam, ada yang menggunakan beras sangai. Jom lihat cara-cara buat pekasam daging yang menggunakan beras sangai.

Bahan-bahan:

  • 1 keping daging
  • 1-2 biji limau nipis
  • Garam kasar secukupnya
  • 1 cawan beras
  • 5 keping asam gelugur

Cara membuat:

  1. Hiris nipis dan lebar daging kemudian basuh dengan limau nipis. Jika tiada, boleh guna asam keping, asam jawa atau tepung gandum. Kemudian toskan.
  2. Gaulkan daging yang ditoskan tadi dengan garam kasar secukupnya. Elak letak garam terlalu banyak kerana daging akan jadi terlalu masin. Masukkan juga asam gelugur. Letak dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti ais semalaman (tak perlu dibekukan).
  3. Keluarkan daging yang diperap dan basuh dengan air bagi menghilangkan lebihan garam. Tos dan ketepikan.
  4. Ambil kuali dan goreng beras sehingga garing dan keperangan. Pastikan beras tidak hangit supaya rasa pekasam jadi sedap. Beras tidak perlu dibasuh.
  5. Apabila siap digoreng, tumbuk atau kisar kasar beras tadi.
  6. Gaul beras tumbuk bersama daging hingga rata dan bersalut sempurna.
  7. Masukkan kembali daging ke dalam bekas. Tutup rapat dan peram dalam peti ais selama 2-3 hari.
Baca juga :  Cara untuk membuat Masakan Ayam Goreng masak sambal Hijau. Padu dan enak untuk menu berbuka anda!

Untuk menikmatinya, panaskan minyak dan goreng hingga garing dan keperangan. Masak dengan hirisan bawang dan cili api, enak dimakan bersama nasi panas.

Sumber: Cook.Eat.Love

One thought on “Cara Buat Pekasam Daging ‘Homemade’, Hanya Guna Empat Bahan Sahaja

Comments are closed.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.