Cara membuat Cheese Tart Durian Ala-ala Hokkaido

Cara membuat Cheese Tart Durian Ala-ala Hokkaido. My favourite. Kalau beli mahal. Buat sendiri lagi puas.

Resepi dan bahan yang diperlukan untuk Kulit Tart:

  • 100 gm marjerin.
  • 30 gm gula kaster.
  • 150 gm tepung gandum.
  • 1 kuning telur grade B

Cara membuatnya:

  1. Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati. Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
  3. Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
  4. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling cheese tu.
Baca juga :  Cara untuk membuat Chocolate Bubble Rice dengan 3 bahan sahaja. Mudah dan pasti laku keras nanti!

Bahan untuk membuat Filing Cream Cheese:

  • 250 gm cream cheese.
  • 200 gm isi durian.
  • 40 gm mentega.
  • 1 putih telur.
  • 1 sudu kecil esen vanila.
  • 1 kuning telur untuk sapuan.
  • 120 gm dairy whipping cream.
  • 60 gm gula kaster.

Cara membuatnya:

  1. Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk. Whisk di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.
  2. Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanila. Kacau rata. Kalau berketul saya kacau pakai mixer hingga licin.
  3. Masuk kan dalam plastic piping dan fill dalam tart tu. Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit dan lepastu sapu kuning telur.
  4. Bakar dalam oven dengan Suhu oven 200 darjah selama 6 minit
Baca juga :  Mudah rupanya untuk membuat Homemade Peanut Butter ni. Pastinya lebih sihat dan berkhasiat!

Selamat mencuba ye. resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Azizi Zamani. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.