Resepi dan Cara untuk membuat Tomyam Sayur Thai. Setiap hirupan pasti mengasyikkan!

Kawan -kawan yang tandus idea nak masak berbuka nanti bolehlah cuba buat Tomyam Thai Sayur. Nampak macam biasa. Sekali ratah habis satu mangkuk cikgu hirup. Nama Thai cikgu letak sekali sebab ada penggunaan susu cair didalamnya. Untuk menghidupkan lagi aroma tomyam versi Thai, batang ketumbar serta hirisan daunnya cikgu taburkan juga. Muak tak cikgu masukkan susu?

Haa tak pun. Masuk pun tak banyak. Lepas perah limau nipis seimbanglah rasanya. Lagi sedappp kot dari tomyam biasa. Okay jom tilik resepi.

RESEPI TOMYAM THAI

1. Mula-mula sediakan hirisan sayur seperti di bawah:

  • Sedikit bunga kubis.
  • Sedikit kubis.
  • 5 biji cendawan shitake.
  • 1 biji tomato.
  • 2 batang seledri.
  • 1/4 batang carrot.
  • Sebatang daun ketumbar.

Bahan tumis:

  • 1/2 bawang holland.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 hiris lengkuas.
  • 3 helai daun limau purut.
  • Sehiris halia.
  • 1 batang serai.
  • 3 tangkai cili padi.
  • Pes tomyam.

2. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumis tadi. Tumis sehingga naik bau.

3. Selepas memasukkan potongan kecil ayam yang bertulang biarkan seketika. Barulah masukkan dua sudu besar pes tomyam. Guna api perlahan sahaja.

Baca juga :  Cara membuat Sos Pencicah Serbaguna

4. Seterusnya masukkan dua cawan air. Biarkan kuah mendidih.

5. Bolehlah masukkan sayur yang keras terlebih dahulu iaitu kubis dan bunga kubis.

6. Untuk sebatikan rasa kuah, sebiji tomato dimasukkan sekali serta akar ketumbar yang dicuci bersih.

7. Untuk rasa kuah menjadi ‘kowww’ masukkn sos cili 1/2 senduk kecil. Perasakan dengan 1/2 sudu kecil gula. Cikgu suka ada gabungan rasa masam manis dan masin yang cukup. Jika tak suka rasa manis tak perlu letak okay.Secubit dua garam dimasukkan. Hati-hati kerana pes tomyam sudah tersedia masin.

8. Selepas kuah mendidih beberapa kali, masukkan 1/2 senduk susu cair. Biarkan semua sebati dalam api perlahan.

9. Nak dekat waktu berbuka, barulah cikgu masukkan sayur yang mudah melembut iaitu batang seledri, cendawan shitake dan carrot. Tunggu seminit dua sebelum ditutup apinya. Siap!

Sendukkan dalam mangkuk dan barulah picit asam limau serta taburkan daun ketumbar.

Nak ikut langkah bergambar boleh tengok dekat wall cikgu. Mudah kan? Cikgu pasti ia sangat sedap. Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Afy AL Habibi. Terima kasih.

Baca juga :  Resepi Nasi Goreng Tomyam Seafood. Resepi pasti laku keras!
error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.