Resepi Ikan Stim Ala-Ala Masakan Nyonya

Kami kongsikan kepada anda cara dan resepi intuk memasak Ikan Stim Ala-Ala Masakan Nyonya untuk anda semua cuba.

Bahan-bahan yang diperluka adalah:

  • 1 ekor ikan yg telah dibersihkan. Apa-apa ikan pun boleh (saya guna tilapia).

Bahan dibawah perlu disatukan dan dikisar sehingga lumat:

  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 biji bawang merah besar.
  • 2 batang serai.
  • 1 inci halia.
  • 3 biji cili merah besar.
  • 2 biji cili padi (ikut tahap kepedasan yang anda nak).
  • 1 inci kunyit hidup.
  • 1 kuntum bunga kantan.
  • Sos ikan secukupnya.
  • Jus limau nipis secukupnya (saya guna setengah biji lemon).
  • Garam, gula dan perasa secukupnya.
  • Sayuran hanya optional. Tak letak pun takpe.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumis bahan kisar tadi sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Kemudian sesuaikan dan seimbangkan rasanya.
  3. Lumurkan bahan yang telah ditumis dan diperasakan tadi keatas ikan dan kukus ikan tersebut sehigga masak.
  4. Tunggu sehingga ikan tadi siap dikukus. Meni ini sedap dimakan bersama-sama nasi panas. Selamat mencuba.
Baca juga :  Resepi Ikan Selar / pelbagai ikan lain untuk dimasak Kukus Limau yang menyegarkan dan sedap

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Florence Jonathan dan dimuatnaik kembali oleh Page Facebook Cara Mudah Buat Kek.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.