Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw. Yerlah,mana tak sedap bila bahan-bahan cukup dan air kosong langsung tak letak. Harapkan daripada air laici,air dari ais mencair.
Sukatan ni Ben buat untuk 2 jug saiz ni. Akak boleh bahagi dua jika perlu. Oh ya tips rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 tin laici.
- 1 tin susu cair.
- 1 tin susu pekat.
- 3 sudu makan kacang tanah tumbuk.
- 3 1/2 sudu makan sirap cap rose.
- 1 sudu makan biji selasih.
- 5 – 6 biji kurma merah.
- 50 – 60 gram cincau hitam.
Cara membuatnya:
- Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
- Masukkan susu pekat,susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
- Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda,boleh juga tapi Ben suka cara camni. Silakan.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Ben Safwan. Terima kasih ya.