Cara buat Kerepek Bawang Putih Super Rangup dan khasiatnya untuk kesihatan kita!

Petang ni buat kerepek bawang putih rangup. Siapa suka? Bawang putih siap kupas beli terus dekat supermarket, lepas tu ‘slice’ nipis-nipis guna slicer Tupperware. Senang guna tu.

Lepas tu gaul rata dengan tepung beras, goreng dalam minyak panas, toskan minyak dan sejukkan, baru simpan dalam balang.

Ada pelbagai khasiat bawang putih ni tau, antaranya:

  1. Selain berfungsi sebagai anti bakteria, ia juga membantu dalam sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.
  2. Bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
  3. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia.
  4. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mngurangkan batuk.
  5. Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia.
  6. Bawang ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kerepek Pisang yang rangup dan mengasyikkan. Sesuai sebagai kudapan seisi keluarga.

Semoga bermanfaat.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.