Resepi Kuah Laksa paling sempoi sedap tak terlawan!

Asam Laksa Sempoi Kalah Yang kat Foodcourt. Teringin nak pekena Asam Laksa dah boleh buat sendiri. Tak payah renyah merebus dan buang tulang ikan dah. Boleh guna sardin dalam tin jer sis! Sama rasa macam yang kat foodcourt tu malah lebih sedap lagi.

Bahan-bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar.
  • 2 biji bawang merah.
  • 1 paket pes Asam Pedas.
  • 2 tin sardin (guna sos dari 1 tin sahaja).
  • Sepotong dua nenas (kalau ada).

Bahan-bahan lain:

  • 2 asam keping.
  • 1 bunga kantan.
  • Segenggam daun kesum.
  • Bebola ikan.
  • Serbuk perasa.
  • Garam dan gula.

Cara penyediaan:

  1. Kisar bahan kisar dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan air mengikut kepekatan yang disukai.
  3. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan bebola ikan, serbuk perasa, garam dan gula. Kacau sebati.
  5. Tutup api. Siap. Bahan hiasan ikut suka: timun, bawang, cili padi, telur rebus, limau.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Sardin masak kari yang sangat sedap dan menyelerakan.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.