Dengan hanya 5 bahan, korang dah boleh buat Crab Rangoon yang super lazat ni! Yang belum cuba tu, menyesal tak cuba. Memang sedap sangat dan sesuai dijadikan snek dan kudapan keluarga.
Bahan-bahan:
- Crab stick Halal.
- 250g cream cheese.
- Kulit dumplings.
- Daun bawang.
- Sedikit lada sulah.
Cara Penyediaan:
- Hiris crab stick dan goreng dengan minyak yang sedikit.
- Masukkan daun bawang, lada sulah dan cream cheese dan masak sehingga sebati.
- Kalau saiz kulit dumplings besar, potong kepada 4 bahagian.
- Letakkan inti crab stick yang dah dimasak tadi dan balutkan. Basahkan sedikit di bahagian keliling kulit popia supaya lebih mudah melekat.
- Goreng Crab Rangoon dengan api perlahan sehingga keperangan.
- Angkat dan sedia untuk di ngap! Dah siap. Selamat mencuba.