Resepi Mudah untuk Kueytoew Mi Pad Thai campur udang. Masakan gerenti licin punya!

Breakfast hari ni saya buat mi PHAD THAI UDANG. 1st time makan dekat kedai siam terus jadi suka. Rasanya lebih kurang sama dengan kuetiau goreng cuma bahan yang digunakan adalah berbeza dan minya lebih halus. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 paket mi pad thai direndam dengan air panas (boleh guna kuetiau halus).
  • 6 bawang putih dicincang.
  • 1 keping tauhu didadu dan digoreng.
  • 10 ekor udang segar.
  • Daun bawang- dipotong panjang.
  • 1 mangkuk taugeh.
  • 2 biji telur dipukul sedikit.
  • 3 sudu besar lobak masin hiris kecil.
Baca juga :  Pasti ada yang merindui makanan ni. Resepi Pepes Ikan yang sedap untuk anda cuba! Pasti puas hati.

Campuran sos phad thai:

  • Air asam jawa.
  • Gula melaka/ gula perang.
  • Sos ikan thai.

Di campurkan semuanya agak-agak masin, masam dan manisnya seimbang.

Bahan tabur:

  • Kacang tanah goreng ditumbuk kasar.
  • Chilie flaked & hirisan daun ketumbar/sup.

Cara-cara menggoreng Phad Thai:

  1. Tumis bawang putih hingga wangi, masuk udang dan masak seketika.
  2. Masukkan phad thai, taugeh, tauhu goreng, daun bawang, lobak masin dan tuangkan sos pad thai gaul rata. Gaul rata-rata.
  3. Ketepikan phad thai, tuang telur kacau hingga telur masak garing setelah itu gaul semua rata-rata.
  4. Tabur chilli flakes, kacang tanah tumbuk, hirisan daun ketumbar dan hirisan limau nipis semasa menghidang phad thai goreng.
Baca juga :  Jom kita buat Ikan Bakar guna perencah buatan sendiri ini. Pasti puas hati!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.