Mee Goreng Ala Mamak ni memang kalau dah rasa sekali pasti ketagih!

Sedikit jamuan mee goreng ala mamak untuk rakan-rakan seperjuangan saya. Sempena ulang tahun perkahwinan saya yang keempat. Doakan saya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyejuk mata dan penyeri hati buat kami sekeluarga. Dan saya doakan juga buat kalian yang masih menanti kehadiran cahaya mata. Semoga ada berita dan sinar gembira juga buat anda sekeluarga.

Saya ingin kongsikan resepi mee goreng ala mamak, yang mana resepi ini saya belajar daripada ibu angkat saya. Di sini juga saya kongsikan rahsia bagaimana mee goreng saya kelihatan basah tanpa perlu tambah air. Semoga ilmu yang saya kongsikan ini bermanfaat kepada anda dan saya juga. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Ya Norma. Selamat mencuba.

Bahan-bahan A:

  • 1 sudu besar cili kisar (nak pedas lebihkan).
  • 3 sudu besar sos cili.
  • 3 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar kicap masin.
  • 2 sudu besar kicap manis.
  • 3 sudu besar sos pedas agromas.

Satukan sekali pes bahan A ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati kemudian biarkan seketika.

Bahan-bahan B:

  • 1 paket mee gardenia (basuh dn toskan).
  • Udang/sotong/ayam/daging (pilihan).
  • 2 biji telur.
  • Taugeh, sawi, tomato, bebola ikan dan cili besar (utk hiasan).
  • Serbuk secukup rasa.
  • Bawang untuk menumis.
  • Minyak masak.
Baca juga :  Cara untuk membuat Keli Salai Masak Lemak Jantung Pisang. Resepi yang padu dan memikat selera anda.

Boleh juga masukkan sayur pilihan sendri jika tidak suka sayur sawi.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak tumis bawang sampai naik bau pastu masukkan udang/sotong/ayam/daging (pilihan). Goreng seketika sehingga separa masak.
  2. Kemudian, masukkan Bahan A, tambahkan air sedikit jika pes sedikit pekat. Masukkan secukup rasa. Biarkan hingga mendidih.
  3. Kemudian masukkan batang sawi terlebih dahulu, kemudian dah agak masak sikit rencah tu pecah sebiji telur. Kacau hingga rata kemudian masukkan bebola ikan.
  4. Masukkan mee dan kacau hingga pes menyaluti mee dan masak sekata. Kemudian masukkan daun sawi dan kacau hingga daun sawi layu.
  5. Buat lubang di tengahtengah kuali untuk masukkan sebiji lagi telur. Kacau telur hingga rata ke dalam mee. Ini rahsianya, masukkan telur pada akhir untuk dapatkan tekstur mee seakan-akan basah.
  6. Masukkan taugeh, tomato dan cili besar. Goreng sebentar agak-agak taugeh layu kemudian tutup api.

Saya tak letak garam langsung dalam goreng mee sebab pes tersebut sudah masin dah. Kalau rasa kurang garam, boleh tambah sendri garam ikut citarasa masing-masing ya. Selamat mencuba.

Baca juga :  Cara membuat Laksa Johor yang tengah viral ni. Laksa yang lain daripada lain. Cubalah!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.