Resepi Ketam Telur Masin. Ni cara saya masak tadi. First time buat, selalu tengok Dato Siti masak kat IG. Sedap sangat! Anda semua harus cuba tau. Resepi asal ni dari Resipi Sheila Rusly. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 2 ekor Ketam.
- 4 sudu besar Mentega.
- 3 biji Bawang Putih dicincang.
- 6 batang cili padi dipotong.
- Daun kari lebih kurang setangkai.
- 3 biji telur masin direbus kemudian diambil kuningnya sahaja. Ditambah dengan 1 biji diambil putihnya yang dihancurkan.
- 1/2 tin Susu Cair.
- Sedikit garam jika perlu.
- Sedikit gula jika perlu.
Bahan untuk menggoreng ketam pula:
- Dua sudu besar tepung jagung.
- ½ sudu kecil lada sulah.
- Sedikit garam.
Cara – cara untuk menbuatnya:
- Bersihkan ketam dan potong dua. Ketuk-ketuk la sikit bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit. Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.
- Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.
- Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat. Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.
- Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang!
Selamat mencuba.