Nampaknya saya pun sudah terjebak dengan Kek titisan hujan @ Rain drop Cake ni. Memang sedap rupanya kek ni! Jom kita cuba buat sendiri. Terima kasih kepada Puan Nurbazlyn Husna kerana berkongsi resepi ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1/2 sudu teh serbuk jelly / serbuk agar-agar. Saya guna jenama alysa tu tapi kurang jernih. Rasanya guna clear jelly lagi better.
- 680 ml air.
- 2 sudu teh gula castor.
Masak semua bahan diatas sehingga mendidih.
Bahan-bahan untuk topping:
- 2 sudu teh gula merah.
- 1/2 cawan air.
Masak sampai mendidih dan larut bahan topping.
Cara makan:
- Taburkan kacang tanah, bahan topping bersama didalam pinggan.
- Kalau suka sejuk boleh masukkan dalam peti sejuk dulu.
Acuan tu saya guna tupperware mak dan acuan kuih lompang. Selamat mencuba.