Penangan Drama Squid Game, ini caranya untuk membuat Dalgona Candy. Sedap rupanya candy ni!

Penangan Drama Squid Game, ini caranya untuk membuat Dalgona Candy. Sedap rupanya candy ni!  Jangan sampai patah. Nanti anda akan didenda. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Arni Erma Harriati Adnan. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Gula 1 sudu makan membukit.
  • Secubit Garam. Kalau tak letak pun tak apa.
  • Secubit Baking Soda.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gunakan senduk yang besar kemudian layurkan diatas api yang perlahan.
  2. Masukkan 1 sudu makan Gula membuakut kemudian kacaukan atas api tadi (dalam senduk) guna chopstick.
  3. Bila gula dah mula cair tutupkan api. Masukkan secubit baking soda dan sedikit garam (jika perlu). Kacau laju-laju sehingga semua adunan sebati dan menjadi pekat kemudian tuangkan adunan ke atas baking paper.
  4. Ambil pinggan kemdian tekapkan adunan tadi untuk jadikannya nipis, Kemudiantekap dengan acuan yang anda suka untuk buat corak. Tunggu sehingga keras kemudian bolehlah dimakan.
Baca juga :  Cara untuk membuat Tomyam Santan Lemak Berkrim yang terlalu sedap. Anda pasti akan mempercayainya selepas mencuba.

Anak-anak pasti suka. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.