Mudah rupanya untuk membuat Sos Cili Thai. Sesuai dicicah dengan apa sahaja jenis gorengan!

Mudah rupanya untuk membuat Sos Cili Thai. Sesuai dicicah dengan apa sahaja jenis gorengan! Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Julia Aleen Aireish. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 10 biji cili besar merah **.
  • 7 biji cili api **.
  • 5 ulas bawang putih **.
  • 1 cawan gula.
  • 50gm gula nisan – optional.
  • 1 sudu teh garam atau secukupnya.
  • 3 cawan air danĀ 1 sudu besar cuka.
  • 1 sudu besar perahan limau kasturi.
  • 1 sudu besar sos ikan – optional.
  • 1 sudu besar tepung jagung atau secukupnya dibancuh dengan air untuk pekatkan sos.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Merah Goreng Berempah yang sangat padu dan beraroma sedap! Pasti anda suka!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan bahan bertanda (**) kemudian kisarkan bahan tersebut jangan terlalu halus tau. Wajib kelihatan kepingan kecil cili tau.
  2. Dalam periuk satukan gula, air, cuka, perahan limau, sos ikan dan masak sehingga gula hancur sambil mengacau.
  3. Kemudian masukkan cili yang dikisar tadi, masak hingga mendidih.
  4. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos.
  5. Dah siap dah. Mudah je. Apa lagi jom kita buat.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.