Nak menu kunyah-kunyah sedap? Jom cuba Kacang Pedas Ikan Bilis Rangup ni.

Nak menu kunyah-kunyah sedap? Jom cuba Kacang Pedas Ikan Bilis Rangup ni. Anda semua kena buat tau. Ni kami kongsikan cara untuk membuatnya yang disediakan oleh Puan Faizah Md Zain. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 kg kacang tanah.
  • Ikan bilis secukupnya.
  • 3 senduk lada mesin atau mengikut kepedasan yang dikehendaki.
  • 10 ulas bawang putih dikisar.
  • Minyak masak secukupnya.
  • Gula dan garam secukupnya.
  • 2 sudu makan gula merah.
  • 3 biji gula batu.
  • 1/2 cawan air.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gorengkan kacang tanah dengan minyak yang banyak dengan menggunakan api yang perlahan. Sebab kita nak kacang ni garing tapi jangan sampai kacang jadi pahit ya. Bila dah puas hati, angkat dan toskan miyaknya.
  2. Kemudian sambung goreng pula ikan bilis sehingga garing dan toskan.
  3. Keluarkan minyak menggoreng tadi dan tinggalkan dalamĀ  satu senduk sahaja dalam kuali untuk menumis. Tumiskan bawang putih sampai kuning sedikit.
  4. Masukkan lada mesin, gula, garam, gula merah dan gula batu bersama sedikit air. Gunakan api perlahan dan kacau sampai adunan menjadi likat dan pekat. Sambil-sambil tu rasa bagi semuanya seimbang.
  5. Bila dah cukup rasa semua, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah betul-betul sejuk baru la gaulkan kacang goreng bersama ikan bilis dalam lada tu. Masukan dalam tapis untuk toskan minyak dan simpan dalam bekas yang bertutup. Siap!
Baca juga :  Cara membuat Kerabu Kacang Botol yang sedap

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.