Cara buat Kuih Lapis Acuan Bunga Sakura yang comel dan pastinya memikat selera kita semua!

Malam tadi buat. Inilah kejadiannya. Cara buat Kuih Lapis Acuan Sakura yang comel dan pastinya memikat selera kita semua! Jom kita cuba resepi oleh Nawar Azhar ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan tepung jagung.
  • 1 cawan gula pasir.
  • 4 cawan santan.
  • Sedikit garam.
  • Pewarna pink.
  • Acuan yang telah di oles dengan sedikit minyak.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Kemudian satukan kesemua bahan-bahan diatas dan gaulkan sebati dan rata. Pastikan tiada tepung yang berketul.
  2. Bahagikan adunan tadi kepada 2 bahagian iaitu 1 bahagian warna asal (putih) dan 1 bahagian lagi warna pink.
  3. Ambil 3/4 sudu makan adunan putih dan kukus dahulu 3 minit dengan menggunakan api sederhana. Bila lapisan putih dah masak, ambil 1 sudu makan adunan pink pula dan tuang atas lapisan bawah tadi. Sambung kukus 3 minit lagi.
  4. Buat langkah yang sama sampai adunan kita habis dan untuk lapisan yang terakhir kita kukus selama 10 minit.
  5. Biarkan kuih lapis sejuk dahulu baru di keluarkan dari acuan.
Baca juga :  Resepi Kuih Lapis Kacang Hijau. Kuih lagenda orang lama ni!

Untuk lapisan pertama sebaiknya guna 3/4 sudu makan adunan. Lapisan seterusnya guna 1 sudu makan supaya nampak corak bunga di tengah-tengah. Selamat mencuba.

One thought on “Cara buat Kuih Lapis Acuan Bunga Sakura yang comel dan pastinya memikat selera kita semua!

Comments are closed.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.