Nak pastikan Tomyam anda paling sedap? Jom ikuti resepi yang dikongsikan ini!

Nak pastikan Tomyam anda paling sedap? Jom ikuti resepi yang dikongsikan ini! Saya ni dok berkira kira dari pagi nak masak apa pun tak tau, Last-last kita buat tomyam ayam ala thai yang pasti sedap dan jadi. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Fatimah Saari. Selamat mencuba.

Bahan-bahan A:

  • 3 batang serai dan 1 inci Lengkuas dititik.
  • 1 inci Halia dihiris nipis.
  • Cili padi 8 hingga 10 biji.
  • Akar ketumbar.
  • 3 sudu besar Pes Tomyam Thai.
  • Dua biji Limau diperah dan ambil jus sahaja.
  • 4 cawan air.
  • Ayam yang telah dipotong kecil-kecik secukupnya.

Bahan-bahan B:

  • Cendawan, Carrot, Bunga kubis, Broccoli, Tomato, Bawang potong dadu, Daun limau purut, Daun ketumbar dan Garam secukupnya. Untuk sayur tu ikut la mana yang anda suka dan ada.
Baca juga :  Resepi Spaghetti Carbonara Tomyam yang sangat sedap. Tak rugi punya kalau anda cuba menu ini!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masak air sampai mendidih kemudian masukkan serai, halia, lengkuas, pes tomyam dan akar ketumbar. Kacau dah gaulkan sehingga sebati.
  2. Biarkan ianya mereneh selama lebih kurang 2 minit kemudian masukkan ayam dan tutup periuk supaya ayam empuk dalam 6 hingga 8 minit.
  3. Buka penutup dan masukkan bahan B dan tambah air kalau tak cukup. Masukkan juga air limau dan garam kemudian tunggu sampai sayur lembut sikit baru tutup api. Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.