Cara dan resepi untuk membuat Ayam Goreng Seringgit yang sedap. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Ayam seekor di potong 22-24 bahagian.
 - Bawang putih 5 ulas.
 - 1 biji Bawang besar saiz kecil.
 - 1 inci Halia.
 - 1 sudu kecil Lada hitam.
 - 1 sudu kecil Lada putih.
 - 1 sudu besar Serbuk kari.
 - Sedikit Garam dan serbuk perasa adabi.
 
Kisar semua bahan diatas sehingga halus dan perapkan pada ayam. Biarkan seketika. Bagi resepi untuk membuat Tepung Salut Ayam pula, sedikan bahan-bahan dibawah ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Murni Rahmat memandangkan beliau juga adalah seorang peniaga Ayam Goreng Seringgit. Terima kasih puan.

- 1 cawan Tepung Bestari Pedas.
 - 2 cawan tepung gandum.
 - 1 sudu besar tepung ubi / beras.
 
Cara-caranya menyediakannya:
- Perapkan ayam dengan bahan yang dikisar tadi dan tambahkan sedikit tepung bestari kering sebanyak 3 sudu besar dan perapkan .Sediakan 1 bekas untuk mengaul ayam dan tuang sedikit tepung ke dalam bekas tersebut.
 - Masukkan ayam dalam 5 hingga 6 ketul.
 - Sendukkan tepung salut ke atas ayam tadi.
 - Gaul tepung pada ayam (ramas-ramas sedikit).
 - Bila tepung dah salut elok bersama ayam, gorengkan ayam pada minyak yang sederhana panas. Boleh salut 2 kali untuk kesan lebih rangup.
 - Goreng ayam dalam minyak yang banyak (deep fry). Biar ayam tenggelam dalam minyak ketika digoreng. Untuk jimat minyak boleh pakai periuk kecil.
 - Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak. Cara ini akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.
 - Hidangkan panas-panas dan makan.
 
Selamat mencuba semua.