Haa resepi ni saya dapat lebih 20 tahun dulu semasa belajar di Nebraska dari seorang sahabat Vietnam, Huong Le namanya. Popia ini saya lupa dah dia panggil apa. Crab roll kot naa masa tu. Dek bahannya mudah, maka sampainsekarang saya ingat cara buatnya.
Ni musim PKP ni layan dengan anak anak seronok sangat. Memang keriangan bergandalah kata orang. Jom buat sesama, bahan mudah jer. Resepi ini adalah kepunyaan Puan Masliana Ibrahim.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 paket isi ketam (rasa saya beli peket besar hari tu).
- 3-4 sudu besar mayonis, boleh adjust ikut suka juga.
- 3 pokok daun ketumbar.
- Kulit popia saiz besar. Saya lebih suka guna yang saiz medium tapi tak jumpa masa ni.
- Sehiris lemon dan Secubit garam.
- 1 botol sos masam manis/sis cili Thai pun sedap.
- Semangkuk air atau putih telur untuk gam popia.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Rebus isi ketam sampai masak. Angkat dan tapis buang air rebusan. Bila kering sikit lenyekkan isi ketam sampai separa hancur. Kalau suka isi hancur boleh lenyek sampai hancur jer.
- Perah lemon untuk hilang hanyir isi ketam. Gaul dengan mayonese, daun ketumbar di potong halus dan garam.
- Ambil 1-2 sudu dan bungkus helok macam buat popia. Gamkan tepi popia dengan air atau putih telur.
- Panaskan minyak dengan api perlahan sebelum goreng. Part ni sangat kena berhati hati untuk dapatkan gorengan cantik. Jika api kuat ia boleh rosakkan popia ketam ni pecah terburai isi dalamnya. Ok dah siap untuk di hidang seisi keluarga.
Haha ralit duk tulis ni tiba rasa cam nak buat lagi today. Uols selamat mencuba tau.