Ayam Bakar Madu ni dijamin ayam bakar madu yang tersedap pernah anda makan! Cubalah!

Kami nak kongsikan kepada anda resepi ayam bakar madu Western . Sangat-sangat sedap. Kata pemilik resepi ini iaitu Encik Ben Safwan;

Gambar nombor 1 adalah gambar ayam bakar siap pada kali pertama. Ben masak kali kedua dan ambil gambar serta tak basuh mangkuk Air Fyrer sebab baru lepas guna. Tu yang ada kesan bakar pertama.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 Ketul Peha Ayam dan Dada. Bersihkan dan cucuk ayam dengan pisau serta kelarkan supaya perasa masuk ke dalam isi.
  • 1 sudu makan minyak masak untuk ayam tak kering.
  • 1 sudu makan madu / maltosa untuk ayam berkilat dan manis.
  • 1 sudu makan serbuk cili Baba’s untuk ayam cantik merah dan ada rasa pedas.
  • 1 sudu teh garam bukit.
  • 1/2 sudu makan setiap jenis : Thyme, Parsley dan Basil.
Baca juga :  Cara untuk membuat Burnt Cheesecake yang sangat mudah. Rasanya memang padu dan sedap beb!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Gaul sebati kesemua bahan dan adunan kemudian ratakan dan lumur pada bahagian ayam, tak perlu perap.
  2. Bakar dalam AF – Air Fryer dengan tetapan seperti ini untuk dapatkan hasil cantik,ayam masak elok. Bagi 20 minit pertama, tetapkan suhu pada 170’C untuk kali pertama.
  3. Kemudian, terbalikkan ayam dan bakar selama 10 minit pada suhu 170’C untuk kali kedua.
  4. Tak perlu terbalikkan ayam dan bakar lagi selama 10 minit pada suhu 140’C supaya betul-betul masak hingga ke tulang.
  5. Pastinya sangat berbaloi bila dimakan. Selamat mencuba.

One thought on “Ayam Bakar Madu ni dijamin ayam bakar madu yang tersedap pernah anda makan! Cubalah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.