Cheyah ni memang pantang kalau jumpa mangga muda macam ni. Semalam ziarah pasar nampak ada mangga terus cheyah beli nak buat sambal ni.

Selalu cheyah buat sambal mangga letak ikan rebus. Tapi kali ni cheyah buat kelainan sikit. Cheyah buat sambal belacan mangga. Jomm layan resepi yang senang sekali.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bahiah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 biji mangga muda.
  • 8 biji cili hijau.
  • 8 biji cili merah.
  • 3 biji bawang merah.
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 inci belacan.
  • Sedikit garam dan gula.

Cara penyediannya:

  1. Bakar bawang merah, bawang putih dan belacan. Kemudian, tumbuk hingga lumat.
  2. Masukkan cili-cili dan tumbuk sebati. Penggunaan cili banyak ni sangat pedas. Kalau yang tak suka pedas boleh kurangkan jumlah cili ye.
  3. Potong mangga mengikut contoh dalam gambar yang cheyah bagi. Cheyah buat cincang manual je. Kalau ada parut dia memang lagi cantik lerr.
  4. Gaulkan semua sekali dan masukkan garam gula secukupnya. Perahkan sedikit limau dah siap! Makan nasi dengan ikan kering pun terangkat!

Selamat mencuba.