Resepi roti mudah dan senang untuk dibuat. nak-nak dalam tempoh kawalan yang dah pun ditambah lagi sehingga 14 April 2020. Apa pun semoga kita semua dijauhkan dan dihindari dari segala musibah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 paket yis kering.
  • 1 sb gula.
  • 1 mug air suam. (Cmpurkn semua dn tunggu sehingga yis berbuih)..
  • 4 mug tepung gndum.
  • 4 sb gula.
  • 2 sb majerin.
  • 2 sb susu pekat manis.
  • 2 sk baking powder.
  • 1 sk garam.
  • 1 biji telur.(Juga cmpurkn semua bhn)

Cara-caranya:

Bila bahan-bahan tepung sudah digaul rata. Masukkn yis yang sudah berbuih kemudian uli sehingga menjadi doh yang lembut. Jika terlalu lembik,  boleh tambahkan tepung sedikit-sedikit. p/s: doh mesti lembut ye baru dapat hasil yang lembut.

Bila doh dah tak melekat di tangan bolehlah diperap. Saya uli lebih kurang 2 0 hingga 30 minit. Pakai tangan je. Jika ada mesin lagi senang.

Perap selama 1 jam sehingga doh naik 2x ganda. Bila dah naik buangkan angin dalam doh tu. Tumbuk-tumbuk dohnye ye.

Setelah tu, bolehlah bentukkan doh ikut roti yang kita nak buat. Setelah siap membentuk kene perapkan sekali lagi ye sehingga doh naik semula dan barulah boleh dibakar. Sebelum dibakar, sapu doh dengan kuning telur.

Kemudian bolehlah dibakar, jika oven saya, Suhu pada 180’c selama 30 minit menggunakan api atas dan bawah. Jika nak nampak lebih keperangan boleh tambah minitnya.

Setelah keluar dari oven, terus sapukan roti dengan majerin untuk nampak berkilat dan kekal lembut. Selamat mencuba ya.

Kredit : Nur Fika Fyqa via BIKMM