Puff ni saya buat 3-4 hari yang lepas. Saya guna puff pastry jenama kawan. Rasa ala-ala beli kat kedai bakery gitu.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 peket puff Pastry jenama Kawan.
  • 1/2 peket isi ayam.
  • 3 batang sosej.
  • 1 biji bawang holland (potong dadu).
  • 3 ulas bawang putih (dicincang).
  • Sedikit capsicum hijau & merah (potong dadu).
  • 1/2 cawan susu segar.
  • 1 tin soup campbell (tin kecil).
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam.
  • Sedikit garam.
  • Sedikit butter/
  • Sedikit keju mozarella/cheese slice.
  • Egg wash (kuning telur+ sedikit air/susu).

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan butter tumiskan bawang. Bila dah layu masukkan isi ayam dan sosej.
  2. Bila dah masak, masukkan sup campbell, susu segar, garam sedikit. Masukkan lada hitam, capsicum dan perasakan. Masak hingga pekat dan tutup api.
  3. Sediakan puff pastry, letakkan inti atas puff dan sedikit cheese.
  4. Kelar bahagian atasnya dgn pisau. Tutup puff, guna garfu tekankan tepi puff hingga habis.
  5. Letakkan dalam dulang pembakar dan sapukan egg wash. Panaskan oven pada suhu 180 darjah dan bakar selama 25- 30 minit.

Dah siap. selamat mencuba !