Resepi Nasi Goreng Tomyam. Boleh la cuba untuk makan malam atau makan tengahari nanti. Nak buat bekal ke pejabat atau anak ke sekolah pun boleh. Cubalah.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noorhafizah Ismail. Terima kasih.



Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Udang / sotong.
  • Bawang blend/ tumbuk ( bawang merah & putih).
  • Satu sudu cili blend nak bagi nampk merah.
  • Daun limau purut.
  • Serai dihiris.
  • Cili padi.
  • Kiub pati tomyam.
  • Kubis bunga dan carrot.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili kisar sekejap.
  2. Agak-agak dah naik bau tu, masukkan kiub, daun limau dan serai. Kacau sebati. Masukkan sedikit air kalau pekat dan masukkan udang.
  3. Agak-agak dah nak dekat kering, masukkan nasi. Kacau sekejap kemudian masukkan sotong dan sayur.
  4. Masukkan perasa. Garam saya letak sikit je sebab kiub tu dah rasa masin juga.
  5. Dah siap boleh dimakan bersama keropok keping.

Selamat mencuba.