Kami kongsikan kepada anda cara membuat serta Resepi Nasi Ayam Mandy yang sedap dan mudah untuk dibuat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cikgu Yang Khalida Khalid. Terima kasih.

Bahan untuk perapan Ayam:

  • 1 ekor ayam – belah 2 dan di cuci bersih.
  • 1/2 tsp serbuk ketumbar.
  • 1/2 tap serbuk jintan manis.
  • 1/2 tsp serbuk lada hitam.
  • 1/2 tsp serbuk kunyit.
  • 3 tbsp minyak masak.
  • 2 tbsp serbuk kabsa – boleh beli di kedai makanan sunah @ gantikan dengan rempah kurma.
  • 2 biji bawang besar-hiris bulat.
  • Sedikit pewarna kuning/saffron dan pewarna merah.
  • Aluminium foil.

Cara untuk memasak Ayam:

  1. Gaul rata ayam dengan semua bahan Perapkan dalam 25 minit.
  2. Alaskan dulang pembakar dengan aluminium foil.
  3. Letak di atas ayam bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250’C selama 1 jam. Pada 10 minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

Bahan yang diperlukan untuk Nasi:

  • 4 cawan beras basmathi Pusa king cap rambutan – rendam 20 minit dan toskan.
  • 4 tbsp minyak sapi vanaspathi.
  • 5 1/2 cawan air atau secukupnya.
  • 1 biji bawang besar – hiris halus.
  • 3 ulas bawang putih – hiris halus.
  • 2.5cm halia – hiris halus.
  • 1/3 cawan kismis.
  • 2 tbsp rempah kurma.
  • 1 batang kayu manis.
  • 1 kuntum bunga lawang.
  • 2 biji buah pelaga.
  • 2kuntum bunga cengkih.
  • Sedikit pewarna kuning dan oren.
  • 2 tbsp Garam kasar secukup rasa.

Cara untuk memasak Nasi:

  1. Panaskan minyak sapi tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga kekuningan.
  2. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  3. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  5. Bila nasi kering, buat lubang di tengah nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar.
  6. Tutup tudung periuk selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  7. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  8. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau nasi dan masak nasi sehingga masak.

Bahan untuk membuat Sos:

  • 3 biji tomato -hiris.
  • 5 biji cili besar hijau – hiris.
  • 1 tangkai batang ketumbar – halus.
  • 10 tangkai cili padi.
  • 1 tsp Garam.
  • 1 tbsp gula.
  • Jus perahan lemon secukupnya.

Cara untuk membuat Sos:

  1. Masukkan semua bahan dalam pengisar.
  2. Kisar, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.

Selamat mencuba.