Resepi Kepak Ayam Manis dan Pedas

Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara dan resepi untuk membuat Kepak Ayam Manis & Pedas. Boleh dijadikan sebagai lauk tambahan ataupun diratah begitu sahaja. Selamat mencuba ya.

Bahan-Bahannya:

  • Kepak Ayam dibersihkan.
  • Kicap manis.
  • Sos tiram.
  • Madu.
  • Sos cili pedas.
  • Serbuk sweet paprika atau serbuk cili.
  • Serbuk black pepper.
  • Bawang putih dan halia (termasuk kunyit tu yang kuning..ehehehe..tumbuk lumat yer). Halia tu dalam 2 ruas. Bawang putih dalam 10 ulas untuk 10 ketul chicken wings.
  • Perencah cukup rasa. Kalau tak nak boleh letak garam dan gula secukup rasa.

Cara-Cara Memasak:

  1. Campurkan semua bahan secukup rasa.
  2. Perap selama sejam atau lebih.
  3. Panaskan minyak dalam kuali (sikit ajer).
  4. Tuangkan semua masuk. Guna api perlahan saja.
  5. So, biarkan masak. Alih-alihkan untuk elakkan hangit. Sedia untuk dihidang! Selamat Mencuba!
Baca juga :  Resepi Ikan Siakap masak 3 Rasa. Menu kegemaran semua yang mudah disediakan!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Amira Hassan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.