Dah siap menu makan tengahari untuk keluarga. Nasi kabsah kambing. Okey kita share resepinya sangat mudah.

RESEPI NASI KABSAH KAMBING

Bahan untuk Nasi:

  • 4 cawan beras basmathi (rendam 1/2 jam).
  • Daging Kambing 2 kg.
  • 2 labu bawang besar.
  • 8 ulas bawang putih.
  • 2 inci halia.
  • Daun pandan.
  • Daun ketumbar.
  • 3 sudu marjerin dan minyak 6 sudu besar. Nak tambh minyak sapi pun boleh. Kalau guna lagi sedap ditambah baunya akan wangi.
  • 4 sudu besar rempah kabsah.

Cara untuk memasakknya:

  1. Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah yang telah dibelender dan rempah kabsah.
  2. Masukan air ikut sukatan beras 4 cawan digandakn jadi 8 cawan. Apabila sudah mendidih, rebus daging kambing sampi lembut.
  3. Rebus sampai daging kambing agak masak. Lepas tu, keluarkan daging kambing dan ketepikan.
  4. Masukkan beras dengan air rebusan tadi dalam rice cooker kemudian masukkan daging kambing susun diatas beras, daun pandan, daun ketumbar.
  5. Tutup semula periuk. Biarkan nasi masak. Bila dah siap boleh la dihidangkan.

Selamat mencuba.