Sebabkan tengahari tadi dah makan kat kenduri so ni dan masak untuk dinner je. Resepi ayam masak lemak cili api paling mudah nogori style.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam.
  • Bawang Merah.
  • Cili padi.
  • Serai.
  • Kunyit hidup.
  • Santan.
  • Asam keping.
  • Belacan.
  • Ubi kentang.
  • Garam and sedikit gula. Saya letak sikit je sebab kuah terlebih pedas tapi terpulang la nak letak ke tak.

Cara-cara untuk menyediakannya:

  1. Masukkan ayam, santan. Kalau pakai santan fresh boleh masukkan santan yang cair dulu, yang pekat boleh masukkan lepas kuah mendidih.
  2. Serai yg dititik, cili padi and kunyit yg ditumbuk, asam keping ke dlm periuk dlm biarkan mereneh dgn api perlahan jgn sampai pecah minyak.
  3. Garam saya masukkan last sekali. Dah siap. Selamat mencuba ye.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Shai Anne Ahemed. Selamat mencuba.