Buat kentang sambal versi nipis untuk dimakan waktu makan malam tadi.  Asalnya ternampak adik bongsu saya menayang dry ubi sambal dia lanntas teringin sesangat.  Makan dengan nasi panas dan telur dadar je. Memang best! Selamat mencuba.

 Bahan Utama yang diperlukan:

  • 8 biji kentang.
  • 1/2 sdt kapur sirih.

Cara menyediakan kentang:

  1. Kupas kentang, hiris nipis-nipis.
  2. Bilas sampai airnya jernih.
  3. Rendam dengan air dan kapur sirih, biarkan selama 1 jam.
  4. Kemudian bilas lagi, toskan dan keringkan kentang dengan tisu dapur.
  5. Goreng dengan minyak yang banyak hingga keperangan.

Bahan untuk membuat Sambal:

  • 3 bawang putih.
  • 4 cili merah besar.
  • 6 cili padi, pedas ikut suka.
  • 2 daun limau purut
  • 1 sudu makan gula.
  • Garam.
  • Perencah Maggi Secukup rasa.

Cara menyediakannya:

  1. Kisar bawang dan cili.
  2. Tumis hingga pecah minyak, masukkan daun limau dan kacau rata.
  3. Masukkan bahan perasa (gula, garam, megi cukup rasa).
  4. Tutup api, biarkan uap panas sambal sejuk seketika, baru masukkan kentang goreng tadi dan kacau hingga sebati.

Nota:

  • Jangan guna bawang merah, nanti kentang lemau dan tak rangup.
  • Sebaiknya biarkan sambal sejuk seketika baru masukkan kentang, supaya kentang rangup dan tak lembik.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Kuali Helena. Terima kasih.