Resepi dan cara membuat Kimchi. Peminat Makanan Korea pasti suka!


Ada penggemar kimchi tak? jom kita buat sendiri. Sedap tau. Puan Zurina Zulkifli ada berkongsi resepi dan cara untuk membuatnya. Cubalah.

Bahan (A) sayuran:

  • 1 biji kobis cina.
  • 1 biji lobak merah.
  • 1 ikat daun bawang.

Potong kobis saiz sederhana dan perap bersama garam selama 5 jam. Kemudian bilas dengan air dan toskan. Lobak merah dan daun bawang dihiris memanjang.

Bahan (B) bahan dikisar:

  • 1 biji bawang holland.
  • 1 biji buat lai kuning.
  • 4 ulas bawang putih.
  • Halia sebesar ibu jari

Bahan (C) bahan dimasak:

  • 5 sudu besar tepung beras.
  • Setengah cawan air.

Bancuh tepung bersama air, kemudian hidupkan api kecil. Gaul sehingga tepung menjadi bubur.

Bahan (D) untuk perasa:

  • 1 paket serbuk cili.
  • 1 sudu besar cencaluk (pilihan).
  • Sos ikan.
  • Gula dan garam sekiranya perlu.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Sos Tiram Ketagih. Ringkas tapi boleh buat nasi bertambah-tambah.

Cara untuk membuatnya:

  1. Sediakan besen yang besar. Masukkan bahan (B) (C) & (D).
  2. Gaul sebati bahan-bahan tadi dan pastikan semua rasa balance secukupnya. Kemudian masukkan pula bahan (A) dan gaulĀ  sebati sehingga sayuran disaluti warna kemerahan.
  3. So siap sudah Kimchi anda. Pastikan simpan di dalam bekas dan mesti ada sedikit ruang untuk jus perapan keluar.
  4. Simpan pada suhu bilik dahulu kemudian baru boleh simpan di dalam peti. Sedap dimakan selepas diperam selama 2 hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.