Istimewanya hidangan Jepun ni kerana mengimbau kenangan waktu berkawan dengan suami saya dahulu. So, saya masak sendiri je beef teppayanki sebab mudah dan menyelerakan. Jadi saya kongsikan resepi ini untuk anda pula cuba ya.

Resepinya mudah sahaja, Bahan-bahannya adalah taugeh, lobak merah, daun bawang, bawang putih dan daging lembu.

1. Bersih semua sayuran dan toskan air supaya sayuran kering.

2. Mula2 gorengkan hirisan bawang putih sehingga warna keemasan dan rangup. Perasakn dengan garam dan sedikit ajinamoto. Siap dan ketepikan.

3. Kemudian gorengkan taugeh bersama lobak merah dan daun bawang, pastikan sayuran kering dan tidak berair. Perasakn dengan sedikit garam dan ajinamoto. Siap dan biarkan seketika.

4. Akhir sekali, gorengkan daging lembu dengan satu sudu minyak masak. Goreng sehingga jus daging yg telah keluar menjadi kering. Perasakan dengan kicap untuk manis, sedikit garam untuk masin dan sedikit ajinamoto serta perasa lada hitam ajinamoto untuk citarasa lengkap.

Hidangan beef teppayanki ini sebenarnya adalah gabungan nasi, bawang putih rangup, campuran sayuran dan daging. Sedap! Selamat menjamu selera

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli melalui Facebook Masak Apa Hari Ni dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.