Sekarang masak pun ada fenomena. Alhamdulillah terima kasih empunya resepi Sis Aisyah Shukor. Ayam Masak Bali. Resepi ada di setiap step ya. Selamat Mencuba.

Bersihkan ayam. Lumur kunyit dan garam (Tak perlu banyak). Goreng dalam 10-15 minit (jangan garing sangat). Ketepikan.

Bahan kisar:
Segenggam cili kering (rebus), dan Blend bersama;
5-6 biji bawang besar.
Seinci halia.
Sedikit belacan.
Satu labu bawang putih.

Kisar halus ya bahan diatas, kemudian;

6-8 batang serai dititik.
8 pelepah daun kari(hihi pelepah ke panggilnya?) bersih dan asingkan dari batang.
3 sudu besar gula pasir.
2 sudu kecil garam.
Kicap (saya guna kicap tamin).
5 kali titik.

Minyak menggoreng ayam tadi digunakan untuk goreng serai. Sehingga menjadi kaler coklat2 kuning(keluar bau dan separa garing).

Masukkan daun kari. Kacau dan goreng. Jangan sampai hangus ya(api sederhana).

Masukkan cili yang dikisar dan biarkan garing.

Masukkan kicap. Saya ikut sis aisyah kata. 5 kali titik(kali goncang) . Masukkan garam dan gula. Gaulkan

Masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul rata dan biarkan dalam 8-10 mins (jaga api ya jgn sampai hangit) dan gaul sehingga masak. Angkat dah sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Izzati Insyirah Rosli. Terima kasih Puan.