Kali ni kami kongsikan resepi dan cara untuk membuat Ayam Bakar. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan WN Akma. Selamat mencuba.

Bahan A:

  • 1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan.

Bahan B:

  • 1 batang serai.
  • 5 ulas bawang putih.
  • Sedikit halia.

Boleh kisar atau tumbuk kesemua bahan B diatas.

Bahan C (kuantiti sesuai selera ye):

  • Sedikit sos tiram.
  • Sos cili.
  • Sos tomato.
  • Serbuk kunyit.
  • Lada hitam serbuk.
  • Lada hitam hancur.
  • Sedikit lada putih.
  • Garam.
  • Sedikit minyak masak @ minyak bijan.
  • Lebih kurang 1 sudu besar planta.

Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30 minit.

Bahan D:

  • Gula atau madu. Boleh skip kalau tak suka. Saya letak madu supaya takde la nanti rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk dan kacau bersama dalam bahan perap tadi.

Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10 – 15 minit nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.┬áBakar dalam oven ikut suhu masing-masing ye. Saya guna suhu bawah 180 darjah dan atas pula 150 darjah. Lebih kurang 1 jam 30 minit.

Selamat mencuba.