Cara untuk membuat Apam Kampung bersama kelapa. Kuih yang mudah dan popular sepanjang masa.

Alhamdulillah, pagi ni sarapan apam kampung. Lama sangat tak buat apam ni. Kukus malam tadi, pagi ni dah boleh makan. Ada yang suka ke makan apam ni? Ada yang nak resepi? Suka warna putih camni.

Terima kasih kepada Faizah Awang kerana berkongsi resepi ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula.
  • 1/2 paket yis.
  • 1 1/2 cawan air.

Cara-cara membuatnya mudah sahaja:

  1. Campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga semuanya sebati.
  2. Kemudian, peramkan adunan tadi sekurang-kurangnya selama 2 jam.
  3. Bila dah siap peram, panaskan kukusan. Pastikan sapu sedikit minyak pada acuan ya untuk mudahkan bila nak keluarkan apam nanti.
  4. Masukkan adunan apam tadi kedalam loyang yang sesuai dan kukuskannya sampai masak selama lebih kurang 30 hingga 35 minit. Guna api besar ye. Pastikan air mendidih dulu baru kukuskan apam.
Baca juga :  Jom cuba buat sendiri Apam Gula Hangus. Cicah dengan Teh O panas memang terbaik!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.