Resepi Apam Beras

Cara dan Resepi untuk membuat Apam Beras. Insha Allah resepi ni boleh buat antara 45 hingga 50 biji Apam Beras. Selamat mencuba. Terima kasih kepada Puan Imah Halimah untuk resepi yang mudah ini.

Bahan yang diperlukan untuk Bahan A:

  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air

Bahan yang diperlukan untuk Bahan B:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/2 paket instant yis
  • Sedikit garam

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan semua Bahan A hingga menjadi halus.
  2. Campurkan bahan yang telah dikisar tadi kedalam Bahan B.
  3. Perapkan adunan tadi sekurang-kurangnya 1 jam. Sementara itu bolehlah panaskan pengukus.
  4. Masukkan adunan dalam bekas comel / lompang yang telah disapuĀ  dengan minyak. Isi adunan sebanyak 3/4 sahaja sebab nanti apam akan naik kembang.
  5. Kemudian kukuskannya selama 10 minit.
  6. Untuk kelapa parut, ianya perlu dikukus 15 minit kemudian letak garam sebelum menggolek apam atas kelapa tadi.
Baca juga :  Peminat kuih rangai atau dangai ni ada tak? Jom kita buat sendiri sebab resepinya mudah sangat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.