Jom kita cuba buat kek yang sedang dan sedap ini. Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Farisha Sofea. Terima kasih. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan A:

  • 2 biji telur gred A.
  • 1/2 cawan minyak.
  • 1/2 cawan gula.
  • 1 sk esen vanilla.

Bahan B ( diayak ):

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1 sk serbuk penaik.
  • 1/2 sk soda bikarbonat

Bahan C:

  • 1/3 cawan susu segar.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan ke semua Bahan A dan kacau sebati sehingga gula larut. Boleh juga dimasukkan ke dalam pengisar dan kisar sebati. Tuangkan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan Bahan B dan juga Bahan C secara berselang seli sambil dikacau rata ke dalam adunan Bahan A tadi.
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan alaskan dengan kertas pembakar. Panaskan oven.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan hentakkan sedikit untuk membuang buih.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
  6. Setelah masak, sisipkan keliling loyang dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan.