Resepi Ikan Bakar Golek Terengganu. Sedap dimakan bersama nasi panas.

Hari ini kita masak ikan golek Terengganu. Ada orang panggil ikan percik. Tapi kita panggil ikan bakar golek. Anak-anak perantau Terengganu mesti rindu masakan Terengganu kan? Ni saya sertakan resepinya. Musim-musim PKP ni boleh la try masak kat rumah. Selamat mencuba ya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rosziema Ibrahim. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan kembung atau Ikan selar.
  • 200 ml atau Sekotak kecil santan.
  • 1 batang serai diketuk.
  • 1 keping asam keping.
  • Garam dan gula secukupnya.

Bahan-bahan Kisar:

  • 10 biji bawang merah.
  • 1 biji bawang besar.
  • 1 cm lengkuas.
  • 10 tangkai cili kering.
Baca juga :  Resepi Ikan Kembung Rebus Air Asam

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kelar ikan dan perapkan seketika dengan garam dan kunyit.
  2. Kemudian, panggang atau bakar ikan hingga masak dan ketepikan. Gunakan api sederhana.
  3. Masukkan bahan kisar dalam kuali dan tumis sebentar. Dah agak-agak mendidih sikit, masukkan santan, serai dan asam keping.
  4. Kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi dan biarkan mendidih hingga kuah menjadi agak pekat.
  5. Kemudian, masukkan ikan yang di panggang tadi ke dalam kuah. Dah gaul sekata, angkat ikan dan panggang sekali lagi.
  6. Bila dah agak-agak masak tu tutup api dan masukkan balik ke dalam kuah.
Baca juga :  Cara membuat Tepung Menggoreng Pisang yang rangup serta sambal Kicap yang padu

Dah siap. Makan dengan nasi panas, perrgh sedak weiii. Selamat mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.