Cara untuk membuat Dodol Pandan yang sangat mudah. Sedap sangat, hanya gunakan kuali sahaja.

Kami nak kongsikan kepada anda Cara untuk membuat Dodol Pandan yang sangat mudah. Sedap sangat! Rajin tak saya. Siapa cakap nak buat dodol tu susah. Sambil-sambil panaskan lauk je tau-tau dah siap dodol pandan.

Terima kasih kepada Puan Sabriena Razali untuk resepi yang sedap ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Secawan santan.
  • Secawan air daun pandan.
  • Pewarna hijau sedikit.
  • 4 sudu besar membukit tepung pulut.
  • 1 sudu besar membukit tepung beras.
  • 4 sudu besar gula.
  • Secubit garam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Satukan semua bahan di atas dan kacaukannya dalam kuali sampai likat dan pecah minyak.
  2. Bila adunan tadi dah pekat dan tidak melekat pada kuali tu tandanya dah masak dah dodol kita.
  3. Kalau nak dodol gula melaka, gantikan secawan air pandan tu kepada secawan air gula melaka yang telah dicairkan kan.
Baca juga :  Jom kita cuba Resepi Kuih Lompat Tikam. Makan sejuk-sejuk memang terbaik!

Adunan ni dapat 20 kiub je. Cukuplah lepaskan hawa tekak. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.