Sotong kangkung memang sedap dan kebiasaanya dijual dipasar-pasar malam. Bagi yang mengidam Sotong Kangkung ini. Anda boleh cuba resepi yang kami kongsikan ini. Selamat mencuba.

Sumber : Facebook Masak Apa Hari Ini | Rosilawati Masriā€Ž

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 ekor sotong kembang | dicuci bersih.
  • 1 ikat kangkung muda | dicuci bersih.
  • Bijan panggang secukupnya.
  • Bawang goreng secukupnya.

Bahan untuk membuat sosnya pula adalah seperti berikut:

  • 2 ulas bawang putih | tumbuk halus.
  • 2 biji cili merah | tumbuk halus.
  • 4 sudu makan petis udang.
  • 2 sudu makan sos hoisin.
  • 2 sudu makan sos plum.
  • 1 sudu makan sos tiram.
  • 1 sudu makan kicap pekat.
  • Gula secukup rasa.
  • 1 cawan air.
  • Sedikit bancuhan tepung jagung | jika perlu.

Cara memasak:

  1. Didihkan air dan celur kangkung hingga lembut. Kemudian celur sotong. Hiris nipis dan ketepikan.
  2. Untuk sos, masukkan air, cili merah dan bawang putih. Didihkan.
  3. Kemudian masukkan petis udang, sos hoisin, sos plum, sos tiram dan kicap pekat. Kacau sebati dan rasa. Jika perlu, tambah gula.
  4. Didihkan sos. Jika cair, masukkan sedikit tepung ajgung untuk memekatkannya.
  5. Angkat dan tuang kedalam pinggan berisi kangkung dan hirisan sotong.
  6. Tabur bijan dan bawang goreng dengan secukupnya.
  7. Sedia untuk dinikmati.

Info tambahan: Sotong kembang agak berbau. Bagi menghilangkan bau hanyir, boleh rendam seketika di dalam air berisi jus limau.