Minggu ni banyak beli seafood gegara nak makan shellout creamy butter ni. Cheyah jenis makan nak puas hati, so masak la sendiri. Lagipun bukan susah sangat. Jom tengok cara cheyah buat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 500g kepah.
  • 300g kupang.
  • 2 ekor ketam belah dua.
  • 10 ekor udang sederhana saiz.
  • 500ml susu segar.
  • 100g butter/majerin.
  • 6 ulas bawang putih dicincang.
  • 5 biji cili merah potong halus.
  • 3 helai daun kari.
  • 1 sudu makan tepung jagung.
  • Garam dan bula secukup rasa.

Cara penyediaannya:

  1. Rebus dulu kesemua seafood tu. Toskan. Kemudian cairkan butter dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan cili merah dan daun kari. Goreng sehingga daun kari meletop bunyinya dan masukkan susu segar.
  3. Selepas itu, tambahkan garam dan gula secukup rasa. Kacau tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan ke dalam kuali. Kacau sebati.
  4. Last sekali, masukkan semua seafood tadi. Kacaukan bagi sebati. Jika nak kuah boleh tambah air rebusan ataupun tambah susu. Kacau kacau kacau dah siap.

Selamat mencuba!