Cara lengkap beserta video untuk membuat Sos / Sambal Steamboat yang ringkas dan sedap.

Sambal Steamboat ni wajib buat tiap kali berkumpul. Buat menu ringkas macam ni, Kite celup-celup aje. Asal ada sambal ni, laju je masing-masing makan. Kot ada yang tiba-tiba nak tukar selera, boleh try menu ni. Bukan je ringkas, sihat dan mengenyangkan!

Oleh sebab sedap, pemilik resepi ini iaitu Cik Hawa Idris telah berkongsi resepi sambal superb ni. Boleh jadi sebagai sos pencicah jugak tau. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 10 tangkai cili merah besar.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 2 sudu kicap manis.
  • 2 sudu sos tiram.
  • 2 sudu Sunquict .
  • 5 sudu minyak bijan.
  • 5 sudu sos ikan.
  • 1 cawan air.
  • *1 sudu kecil Tepung jagung .
  • *Secekak kecik daun ketumbar.
  • *Bijan.
Baca juga :  Cara lengkap untuk membuat Sos Sotong/udang/ayam Masak Buttermilk yang padu dan sangat nikmat.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan kesemua bahan diatas kecuali kecuali bahan yang bertanda *. Cili merah tu nanti buangkan bijinya terlebih dahulu sebelum dikisar.
  2. Bijan pula disangai sekejap. Jangan bagi hangus ya. Daun ketumbar pula perlu dihiris halus.
  3. Masakkan bahan yang sudah dikisar tadi, biarkan mendidih seketika. Kemudian tambah gula dan perasakan secukup rasa.
  4. Apabila dah mendidih, masukkan bancuhan Tepung jagung, bijan yang dah disangai dan hirisan daun ketumbar. Biarkan sekejap dengan api kecil, wokeyyy siap! Selamat mencuba.

Baca juga :  Mee Hailam istimewa dengan Kuahnya yang enak dihirup begitu sahaja!

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.