Dah buat otak-otak dua kali mengikut resepi ini. Memang sangat berbaloi dan puas hati. Jadi Murni Rahmat nak kongsikan cara membuatnya kepada anda semua pula. Alhamdulillah tak mengecewakan. Selamat mencuba ya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Setengah kilo ikan tengiri/kembung/sardin.
  • 1 biji bawang besar.
  • 3 biji bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 1 sudu ketumbar.
  • 3 batang serai.
  • 3 biji buah keras.
  • 3 sudu cili kering/serbuk cili.
  • 1 cawan santan.
  • 1/2 cawan tepung jagung.
  • Sedikit lada hitam.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisar semua bahan-bahan diatas kecuali tepung jagung.
  2. Mula-mula ambil isi ikan dan kisarkan atau tumbuk isi ikan tadi. Ikan mentah ye. Tak perlu rebus dahulu. Bila dah hancur kita asingkan dan letak tepi dahulu.
  3. Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan semua bahan-bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau wangi.
  4. Masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan santan. Kacau sampai pekat dan sejukkan. Seterusnya masukkan isi ikan dan gaulkan sehingga rata dan sebati. Jangan lupa tambah garam, serbuk perasa dan gula.
  5. Boleh balut dalam daun kelapa atau daun pisang. Kemudian bakar sampai masak. Siap untuk dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga tersayang.