Hari ini ada tempahan kuih Seri Ayu / Puteri Ayu. Adunan lebih buat untuk si bujang kecik sarapan sebelum p sekolah. Takmau yang ada nyok atau kelapa.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 3 biji telur gred B.
  • 1 cawan gula.
  • 1 cawan santan + air daun pandan.
  • 1 sudu besar ovalett.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.
  • Sedikit Pewarna hijau epal.

Bahan untuk bahagian Putih:

  • Kelapa parut (ambil yang putih saja).
  • Sedikit tepung ubi.
  • Secubit garam

Gaul sekali semua diatas bahan.

Cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan 5 helai daun pandan dengan kelapa parut. Jadikan 1 cawan santan + air daun pandan dan ketepikan.
  2. Pukul sehingga kembang telur, gula dan ovalett.
  3. Masukkan pewarna dan santan + air daun pandan tadi. Pukul lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung yang dah diayak dengan baking soda. Pukul sehingga sebati semua bahan.
  5. Panaskan air kukusan sehingga mendidih. Sapu minyak dekat acuan. Masukkan kelapa dan tekan bagi padat. Kukus sekejap.
  6. Tuang adunan ke dalam acuan. Kukus selama 20 minit.

Siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.