Kali ni kami kongsikan resepi dan cara untuk membuat kek kurma gebu fresh dari oven. Tunggu sejuk sikit baru potong.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah. Terima kasih.

Bahan yang diperlukan adalah:

  • 250g butter/marjerin/planta.
  • ½ cawan gula.
  • 5 biji telur gred B.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu besar ovalett.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • 15-20 biji kurma. Potong kecil-kecil untuk letak dalam kek, yang ni ikut suka nak letak berapa biji.

Cara untuk membuatnya:

  1. Butter, gula, ovalett dan esen vanilla dikisar sehingga kembang. Masukkan telur 1 persatu sambil kisar. Lebih kurang 5 minit.
  2. Masukkan pula kurma yang dipotong tadi, kisar lagi sehingga sebati.
  3. Akhir sekali masukkan tepung gandum yang dah diayak dengan baking powder. Yang ni saya guna spatula untuk kaup balik adunan.
  4. Loyang sapu sikit dengan marjerin. Tuang adunan tadi. Kurma kalau ada lebih boleh potong tabur buat hiasan kat atas bagi loyang saiz 7.
  5. Bakar pada suhu 160 darjah selama 50-55 minit bergantung kepada oven masing-masing.

Selamat mencuba.