Cara untuk membuat Daging Masak Singgang bersama Budu Mek Kelate.

Assalamualaikum semua. Rindu dengan air tangan arwah mek (mak) saya. Dulu kalau nk makan singgang daging mesti nk makan masakan air tangan mek. Sedap sangat. Sekarang hanya tinggal kenangan. Alfatihah.

Hari ini pemilik resepi iaitu Ana Danish berkongsi cara untuk membuat singgang resepi turun temurun arwah mek. Buat singang Daging guna budu. Ada tak sama dengan saya? Singgang daging letak budu. Saya sertakan resepi sekali.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Daging 400 gram.
  • 6 biji Bawang merah.
  • 3 ulas Bawang putih.
  • Setengah inci halia.
  • Setengah inci lengkuas.
  • 5 tangkai cili kering dipotong.
  • Budu secukupnya.
  • Sedikit ketumbar dan ditumbuk.
  • 3 keping asam keping.
Baca juga :  Cara membuat Ikan Keli Goreng Berlada

Cara-cara membuatnya:

  1. Hiris mayang kesemua bahan melainkan ketumbar yang perlu ditumbuk.
  2. Kemudian gaulkan bahan hiris tadi bersama budu, gula dan garam secukupnya.
  3. Kemudian, gaul sekali dengan daging.
  4. Masukkan sedikit sahaja air dan letakkan diatas dapur. Renehkan sekejap dan bila mendidih dan daging dah empuk, baru masukkan air banyak mana kuah yang kita nak dan masukkan ketumbar yang telah ditumbuk tadi.
  5. Akhir sekali, masukkan sedikit ajinomoto. Seimbangkan rasa, kalau tawar boleh bubuh lagi garam dan gula. Biar mendidih seketika sampai empuk daging dan masak kesemuanya cukup rasa baru tutup api.
  6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Baca juga :  Cara membuat Popia Carbonara Cheese

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.