Cara untuk membuat Bun Sardin sebagai menu sarapan pagi dan minum petang anda!

Bun sardin untuk minum petang. Separuh ditabur bijan. Separuh ditabur cheese mozzarella. Terima kasih kepada Ida Alina Salleh kerana berkongsi resepi hebat ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 370 gram tepung roti.
  • 1 sudu teh garam.
  • 1 sudu teh baking powder .
  • 250 ml susu segar suam.
  • 3 sudu besar gula.
  • 10 gram mauri pan / instant yeast.
  • 2 sudu besar butter (suhu bilik).
  • 70 gram tangzhong iaitu 1 sudu besar tepung, masak dengan 5 sudu besar susu segar hingga menjadi pes, seperti gam kanji dan sejukkan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan gula dan yis dalam susu suam, Kacau hingga larut. Biar 10 minit hingga berbuih.
  2. Campurkan tepung, garam dan baking powder. Masukkan larutan yisc tangzhong dan uli 10 minit. Masukkan butter. Kemudian Uli semula selama 5 minit.
  3. Letak doh yang dah diuli dalam mangkuk bersapu sedikit minyak. Biar doh naik lebih kurang dalam 45 minit.
  4. Tumbuk doh untuk keluarkan angin yang terperangkap. Bahagi doh pada dua bahagian besar. Kemudian dari dua bahagian besar tadi, bahagikan pada 6 bahagian tiap satu. Jadikan 12 bebola. Biarkan 15 minit.
  5. Leperkan setiap bebola, masukkan inti sardin yang kita dah buat siap-siap. Inti, saya guna inti karipap sardin, tak letak kentang, cili lebih. Bulatkan kembali. Biarkan doh rehat selama lebih kurang 45 minit.
  6. Panaskan oven 180 darjah Celsius. Sapukan telur yang dipukul atas bun, tabur bijan / mozzarella parut. Bakar 20 minit hingga perang.
Baca juga :  Resepi Wanpaku Sandwich Viral Senang & Healthy. Yang pasti memang sedap sehingga ke gigitan yang terakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.