Cara untuk membuat Bihun Goreng Tomyam yang Padu dan menyelerakan.


Hi Semua, hari ini teringin sangat nak makan bihun goreng tomyam. Bihun ni memang sangat sedap, masam pedas cukup rasa. Bau aroma dari pes tomyam memang memikat selera.

Sesekali kita ubah selera dari asyik masak bihun yang biasa saja kepada tomyam pulak. Wajib cuba ok semua. Terima kasih kepada Idea Resepi dan Keluarga.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sebungkus bihun.
  • 5 biji bawang merah dicincang.
  • 5 ulas bawang putih dicincang.
  • 3 batang serai dititik.
  • Udang geragau segenggam dicuci bersih.
  • Udang segar mengikut selera anda.
  • 2 sudu pes Thai Tomyam Adabi / Pes Tomyam Thai.
  • Lobak merah secukupnya dan dihiris.
  • Sayur sawi secukupnya jika suka.
  • 2 – 3 Daun limau purut dikoyak sahaja.
Baca juga :  Cara untuk membuat Pes Tomyam yang sedap dengan mudah. Confirm licin punya!

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan serai sehingga wangi. Kemudian masukkan udang geragau tadi.
  2. Bila sudah wangi boleh tambah pes tomyam, udang segar dan lobak merah. Kacau rata dan jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan bihun dan gaul rata. Masukkan sawi, air 1 hingga 2 cawan dan daun limau purut. Tutup kuali dan biar hingga bihun lembut.
  4. Kalau suka boleh masukkan hirisan cili padi. Boleh tambah bahan lain seperti isi ayam, sotong dan sebagainya. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.