Menu saya arini simple je. Panaskan kuah kari semalam. Rebung & dagingnya dah licin. Nak buang kuahnya sayang. Saya panaskan je. Buat menu tambahan ayam goreng berempah. Ayam goreng ni simple je resepinya. Bahan yang ada dalam peti je saya guna.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan SuiSan Aliezsha. Terima kasih.

Bahan dan cara untuk membuatnya adalah:

  • Ayam cuci bersih dan toskan.
  • Jintan manis, jintan putih & ketumbar. Kesemuanya dikisar halus.
  • Halia & serai dipotong dan ditumbuk.
  • Daun kari.
  • Serbuk cili kering Baba’s, rempah ayam Baba’s dan kunyit serbuk.

Gaulkan kesemua bahan-bahan diatas. Pastikan garam secukup rasa. Perapkan dalam beberapa minit kemudian bolehlah digoreng seperti biasa. Siap untuk dihidangkan bersama lauk-pauk yang lain. Selamat mencuba.