Alhamdulillah. Siap sudah masak acar ikan masin ni. Nak beli sebotol kecik aje dah RM18. Yang saya buat ni lebih kurang dalam RM10 dapat agaknya 6 botol! Tapi selalunya tak tahan lama acar ni, cepat habis!! Haha.

Kalau nak cuba macam yang saya buat, macam resepi dibawah. Silakan share resepi kalau suka. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Ereen Hadi. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan masin anggara 200 gram (ikan talang/ kurau/ malong) direndam dulu sekejap untuk hilangkan lebihan masin.
  • Lobak asin anggaran 100 gram dipotong kecil.
  • 8 biji Bawang Merah.
  • 5 Ulas Bawang Putih.
  • Sedikit Halia dihiris memanjang.
  • 20 biji Cili Padi.
  • Kismis secukupnya.

Saya juga tambah bahan dibawah (Jika anda suka):

  • Buah pala kering secukupnya.
  • Jeruk buah salak Secukupnya.

Bahan-bahan yang perlu dikisar:

  • 2 biji bawang besar.
  • 4 ulas bawang putih.
  • Cili kering yang sudah dikisar dalam 3 sudu besar.
  • 1 sudu besar serbuk kari daging.
  • Cuka 1 1/2 cawan.
  • Gula 1 1/2 cawan.
  • Garam jika perlu.

Cara-cara membuatnya:

  1. Rendamkan bawang merah, bawang putih. Kedua-duanya dibelah 2 atau 3 dan halia dihiris memanjang didalam cuka. Saya tak tambah air dan biarkan.
  2. Sementara itu, gorengkan ikan masin yang telah direndam dan ditoskan. Goreng sehingga garing sedikit. Dan angkat.
  3. Dengan minyak yang sama, tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili boh yang telah dikisarkan kesemuanya sehingga naik minyak.
  4. Masukkan 1 sudu besar serbuk kari daging dan tumiskan lagi sehingga naik minyak.
  5. Setelah naik minyak, masukkan bahan-bahan yang telah direndam dengan cuka tadi. Masukkan cuka sekali dengan bahan rendaman tadi. Imbangkan masam cuka dengan gula. Saya gunakan gula merah, gula putih pun boleh.
  6. Setelah itu masukkan cili padi, kismis dan lobak asin dan kacau-kacau sebentar dan masukkan sekali ikan masin. Kacau-kacau lagi dengan api perlahan sehingga pekat dan likat.
  7. Akhir sekali, perasakan garam (jika perlu), manis gula dan kemasaman cuka lauk ini. Siap untuk dijamu. Selamat mencuba.